top of page

Festival ajak guna pengangkutan awam

Putrajaya: Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd (PAPSB) menganjurkan Festival Eh Eh Busfest Putrajaya 2014 iaitu program meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penggunaan dan kepentingan pengangkutan awam.

Festival dua hari bermula 5 Disember itu diadakan di hadapan Stesen Putrajaya Sentral, di sini yang menempatkan pelbagai pengangkutan awam seperti bas dan Perkhidmatan Express Rail Link (ERL).

Ketua Pegawai Eksekutif PAPSB Ab Rahim Md Junoh berkata, festival itu turut mendapat kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Putrajaya dan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd bagi mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral.

“Kita lebih memberi tumpuan mengajak orang ramai menaiki pengangkutan awam, sekali gus mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral yang menjadi penghubung di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang.

“Selain itu kita juga menganjurkan pelbagai acara menarik sepanjang festival berkenaan berlangsung seperti pertandingan mencari harta karun, pertandingan mencipta logo bas serta pameran yang berkaitan sistem dan aplikasi pengangkutan awam,” katanya, semalam.

Festival berkenaan bermula daripada jam 10 pagi hingga 10 malam dan ia akan dirasmikan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat.

Ab Rahim berkata, selain pameran pengunjung juga dapat melawat pelbagai jenis produk di tapak jualan, selain turut dipenuhi pengisian lain seperti ceramah agama, perlumbaan kereta mainan dan pertandingan mewarna kepada kanak-kanak.

Maklumat lanjut mengenai festival Eh Eh Busfest Putrajaya 2014 boleh diperoleh melalui laman sesawang Eh Eh Bazaar di http://www.ehehbazaar.com dan PAPSB di http://papsb.com.my atau menghubungi 012-2920131 dan 03-89120716.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/10633?m=1

Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram App Icon
  • YouTube Classic
bottom of page