top of page

Nabil Berniaga Di Eh Eh Bazaar!

Semalam, bertempat di Restoran Serai, Life Centre Kuala Lumpur, sidang media Mega Bazaar 2014, telah dilancarkan iaitu program berbentuk keusahawanan online, yang akan cuba memecahkan rekod The Malaysia Book of Record dengan mengumpulkan usahawan online secara besar-besaran di bawah satu projek “MEGA BAZAAR: Bazar Usahawan Online Terbesar di Malaysia”. Acara ini akan berlangsung pada 21 dan 22 Jun 2014, bertempat di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Dengan objektif untuk menggalakkan usahawan Melayu yang aktif berurusniaga secara online terutamanya di laman media sosial seperti Facebook dan Instagram selain menghimpunkan mereka secara besar-besaran sebagai usahawan online berjaya di dalam bidang perniagaan. Antara artis yang turut bekerjasama di dalam program yang dikendalikan oleh syarikat Eh Eh Bazaar ini, termasuk pelakon dan pengacara cantik Neelofa, penyampai ERA fm Nabil Ahmad, Yana Samsudin, Afdlin Shauki, Mila, Adira, Mawi Ekin, Eira Syazirah, Mizz Nina, Noh Hujan, Ameer (Forteen) dan juga bintang bola sepak Fahmi Apex serta ramai lagi artis-artis tanahair yang akan turut serta. Selain itu, antara barangan yang akan dijual bukan setakat pakaian dan aksesori wanita, malah beg tangan, cermin mata, kanta lekap, kasut, hingga ke produk makanan, pelbagai produk kecantikan, perhiasan rumah, pakar runding majlis dan pelbagai lagi yang popular di jualan online laman sosial terkini. Selain itu, program ini dapat mengeratkan lagi urusan urusniaga antara peniaga dan pelanggan selain berjumpa dengan artis terkenal tanahair. Selain itu, Eh Eh Bazaar juga turut menggalakkan penggiat perniagaan online di luar sana, untuk mengambil bahagian dan sama-sama memeriahkan lagi program ini disamping berpeluang berniaga secara offline. Dengan harga serendah RM400, mereka berpeluang menempah booth untuk 2 hari berniaga dengan kemudahan lain disediakan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus 012 292 0131 atau 012 2772636.

Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram App Icon
  • YouTube Classic
bottom of page