top of page

Artis Berniaga Di Eh Eh Bazaar

Bulan depan akan berlangsungnya acara jualan secara besar-besaran yang turut melibatkan artis pada 21 dan 22 Jun, bertempat di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Acara yang menghimpunkan usahawan online terbesar ini merupakan anjuran syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya dan Kolej UNITI.


Dengan adanya Mega Bazaar ini, para peniaga online berpeluang menjual produk mereka dengan harga sewaan gerai serendah RM400 selama dua hari.

Lebih daripada 50 orang artis dan selebriti terkenal yang terlibat serta turut sama menjaga booth masing-masing disamping memperkenalkan pelbagai produk.


Ada yang memasarkan produk yang dihasilkan dengan jenama sendiri dan ada juga yang mahu berniaga aneka dagangan.Antaranya Neelofa, Heliza Helmi, Adira, Afdlin Shauki, Ani Maiyuni, Yana Shamsuddin, Eira Syazira, Nabil Raja Lawak, Khairul Fahmi Che Mat, Enot, Abby Nadzri, Amar Asyraf dan ramai lagi.


Jika selama ini anda hanya melihat artis kesayangan anda beraksi di kaca TV, inilah masanya anda melihat mereka beraksi dalam dunia perniagaan pula.

Jadi, marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi acara ini yang boleh dikatakan sebagai bazaar usahawan Melayu online terbesar di Malaysia!



Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram App Icon
  • YouTube Classic
bottom of page