top of page

Mega Bazaar Bantu Peniaga Melayu

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya (DPMM Putrajaya) bekerjasama dengan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd menganjurkan Eh Eh Mega Bazaar (Mega Bazaar) dalam usaha untuk meningkatkan jumlah usahawan Melayu.


Yang Dipertua DPMM Putrajaya merangkap Timbalan Presiden DPMM, Datuk Mohamad Alayuddin Hasan berkata, Eh Eh Bazaar merupakan sebuah program yang dilihat sebagai batu loncatan untuk meningkatkan usahawan dalam negara.


"Selepas penganjuran Mega Bazaar Jun ini, DPMM Putrajaya akan bekerjasama dengan DPMM di setiap negeri untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri.“Saya juga sudah meminta wakil DPMM di beberapa negeri untuk mengenal pasti lokasi sesuai bagi membolehkan kami membina bazaar tetap dalam menempatkan peniaga atas talian (online) di setiap negeri," katanya ketika sesi santai temu bual Mega Bazaar.


Menurutnya, ia bertujuan supaya orang ramai dapat melihat sendiri produk yang dijual oleh peniaga online tanpa timbul isu ditipu.Bagi peniaga pula, mereka masih boleh meneruskan peniagaan secara online walaupun sudah ada tempat untuk mempamerkan dan menjual produk.


Sementara itu, Pengarah Urusan, Eh Eh Bazaar, Iffah Zaimi memberitahu, terdapat kelainan bagi penganjuran Mega Bazaar berbanding penganjuran bazaar sedia ada sebelum ini.


“Setiap vendor yang terlibat dengan Mega Bazaar secara automatik akan berdaftar menjadi ahli DPMM Putrajaya serta akan terlibat dalam siri jelajah yang akan dilakukan di setiap negeri.“Kami turut memberi nilai tambah kepada vendor dengan mengadakan bengkel dan modul usahawan dalam membantu menguruskan perniagaan secara berkesan, sekali gus mampu menaik taraf perniagaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


Tapak jualan Mega Bazaar sudah penuh dan menyasarkan seramai 200,000 pengunjung akan membanjiri Mega Bazaar yang berlangsung pada 21 sehingga 22 Jun di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dengan sasaran jualan RM6 juta.



Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Instagram App Icon
  • YouTube Classic
bottom of page